Ahad, 8 Februari 2015

DOA SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Segala puji bagi Allah S.W.T. , tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga serta para sahabat baginda sekalian.
يَا اللهُ يَا كَرِيم يَا وَدُود

Berkati dan rahmatilah mesyuarat agung Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah _______________ kali ke ____. Satukanlah hati-hati kami dalam usaha mendaulatkan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Kukuhkanlah kesatuan dan kerjasama antara kami demi merealisasikan visi dan misi sekolah yang kami cintai ini. Teguhkanlah muafakat  dan eratkan silaturrahim sepanjang kami bermesyuarat. Hindarilah kami daripada api permusuhan, dendam kesumat,   pertelingkahan pendapat dan anasir-anasir  negatif yang merosakkan perpaduan kami.

اللّهُمَ يَا قَاضِيَ الحَاجَات  وَ يَا رَافِعَ الدَّرَجَاتِ

Berkatilah usaha-usaha kami , di dalam menjadikan sekolah ini sekolah yang cemerlang, gemilang dan  terbilang , disegani dan dihormati,  yang melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
يَا رَحمَن يَا رَحِيم يَا رَبَّ العاَلَمِين

Perbaikilah segala kesilapan dan kelemahan serta tunjukkanlah kami jalan kemajuan,kemakmuran dan kesejahteraan.
يَا اللهُ يَا فَتاَّح يَا عَليم  

Kurniakanlah kepada kami kebijaksanaan di dalam mengurus dan mentadbir persatuan ini. Hiasilah diri kami dengan sifat mahmudah dan muliakanlah kami dengan ketakwaan dan perelokkanlah diri kami dengan kesejahteraan.
اللّهُمَّ دَبِّرنَا فَاِنَّا لاَ نُحْسِنُ التَّدْبِيْرَ اللّهُمَّ الطُفْ بِنَا فَإِنَّكَ مَا تَشَاءُ قَدِيرٌ وَ بِالإِجَابَةِ جَدِيرٌ
  اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى  َءَالِهِ ِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن

DOA UNTUK PASANGAN PENGANTIN

Ya Allah Ya Tuhan Kami’
Berkatilah majlis ini semoga majlis kami ini terlaksana dengan sempurna seperti mana yang engkau kehendaki.
Satukanlah hati kedua mempelai ini dengan Iman dan Ketakwaan kepadamu.Jadikanlah mereka suami yang soleh yang sentiasa memimpin dan isteri yang solehah yang sentiasa membantu.Murahkanlah rezeki mereka dan kurniakanlah mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh.semoga kehidupan mereka dipenuhi Al-Muwaddah dan Al-Rahmah didunia dan di akhirat.

Ya Allah panjangkanlah umur mereka dengan melaksanakan segala suruhanmu dan meninggalkan segala tegahanmu

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN


1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)
(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa ‘ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii ‘aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”
2) Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan:
(Wa hai yi’ lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: “Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu”
3) Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan:
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3X
Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa”


4) Doa memohon kejayaan cemerlang:
 (Dibaca sebelum tidur setiap hari sehingga keputusan peperiksaan diumumkan)
(Allahumma inni as-alukal fauza ‘indal qadha wa manaazilasy syuhada wa ‘ai syas su ‘a da’ wan nasra alaal a’daa’)
Maksudnya: “Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’ dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh”
Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda. Selepas solat berdoa kepada Allah SWT semoga mendapat kejayaan dariNya.
PERSEDIAAN MENTAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Malam Peperiksaan 
1.  Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
2.  Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
3.  Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.
Pagi Sebelum Peperiksaan
1.  Jangan lupa ambil sarapan pagi.
2.  Jangan lupa bawa kad pengenalan, slip peperiksaan anda.
3.  Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
4.  Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
5.  Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
6.  Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
7.  Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.


Memulakan Peperiksaan 
1.  Dengar arahan pengawas peperiksaan.
2.  Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
3.  Lihat semua soalan.
4.  Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
5.  Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
6.  Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.

Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah peperiksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, InsyaAllah anda pasti berjaya.

Doa sempena hari keluarga



بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم

الحمد لله ربّ العالمين والصلاة والسّلام على سَيِّدِ اْلمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا محمدِ الأَمِيْن وَعَلَى الِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
رَبَّنا ﺇنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِيْ لِلاِيْمَانِ أَنْ ﺁمِنُوْا بِرَبِّكُمْ فَامَنَّا. رَبَّنَا فَاغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَكَفِّرْعَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ اْلأَبْرَارِ. رَبَّنَا وَﺁتِنَا مَا وَعَدْتَنَا على رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ اْلقِيَامَةِ ﺇنَّكَ لاَ تُخْلِفُ اْلمِيْعَادِ.

أللهمَّ ﺇنَّا نَسْألُكِ ﺇيْمَانًا كَامِلا، وَيَقِيْنًا صَادِقًا، وَعِلْمًا نَافِعًا، وَقَلْبًا خَاشِعًا، وَلِسَانًا ذاكِرًا، وَرِزْقًا وَاسِعًا حَلاَلاً طَيِّبًا، وَعَمَلاً صَالِحًا مَقْبُوْلاً
اللهمّ يا رحمن، يا عزيز، يا غفّار

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri PROGRAM HARI KELUARGA bagi warga …… pada kali ini .

Ya Allah , Ya Qahhar Ya Jabbar ,
Pada malam yang bercahaya ini, kami menadah tangan memohon dariMu. Berilah kami keberkatan dalam segala gerak laku kami. Kebahagiaan dan kesenangan dalam kehidupan kami dan jadikan kami sebagai Muslim sejati yang sentiasa dahagakan ibadat dan ketakwaan padaMu. Penuhilah diari kehidupan kami dengan amal ibadat sebagai bekalan kami untuk menuju akhirat Mu.

Tautkanlah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kami. Bersihkanlah hati kami dan penuhilah diri kami dengan sifat mahmudah. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana kepada kami.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Engkau perbaikilah akhlak kami dan akhlak anak-anak didik kami , Engkau hiasilah kami dengan akhlak-akhlak yang baik dan terpuji serta hindarilah kami dari sifat-sifat keji lagi dibenci. Hindarilah kami dari sifat lalai yang merugikan dan bimbinglah kami ke jalan kebenaran .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram,
Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,
Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan .

Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,
Kurniakanlah kepada kami kekuatan fizikal, mental dan rohani agar kami dapat menempuh ujian yang mendatang daripada-Mu Ya Allah .
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) diri kami sentiasa mendapat keredhaan dariMu.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
أللهمَّ عَافِنَا فِى بَدَنِنَا. أللهمَّ عَافِنَا فِى سَمْعِنَا. أللهمَّ عَافِنَا فِى بَصَرِنَا. أللهمَّ ﺇنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ اْلكُفْرِ واْلفَقْرِ. أللهمَّ ﺇنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ لاَ ﺇلٰهَ ﺇلاَّ أنْتَ.ِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَا إنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

DOA SEMPENA HARI GURU



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ 
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru pada pagi yang berbahagia ini.

يا الله ياعزيز يا ستارفعال لما يريد

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas untuk menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh
aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah, mengharapkan rahmat dan
keredhaan-Mu semata-mata .

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri . Kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan kokurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .

يا االله يا مكوراليل والنهار

Pada kesempatan ini , berkat kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah kami mohon  kurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru kami , semoga kami
menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama ,
bangsa dan negara yang tercinta .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،
وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ


DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam  
Majlis Anugerah Kecemerlangan  . Sekolah Kebangsaan Dato Keramat

Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .

Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ