بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة
لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana
mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam
Majlis Anugerah Kecemerlangan . Sekolah
Kebangsaan Dato Keramat
Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis
ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam
menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada
para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di
sekolah yang bertuah ini .
Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan
mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang
sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah
insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi
kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan
datang.
Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah
dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di
atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar
yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi
dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang
luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan agar
majlis anugerah ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi kepada
pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng
tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ
وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا
الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ
لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا
ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ
النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ
وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan