1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik
dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(Dibaca sebelum mengulangkaji pelajaran samada dari buku atau nota)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal
mursaliin, wa ‘ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii ‘aafiyaati, ya
Arhamar raahimiin)
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan
hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir
denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”
2) Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan:

(Wa hai yi’ lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: “Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan
petunjukMu”
3) Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan:

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa
nasiit) 3X
Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah
lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa”
4) Doa memohon kejayaan cemerlang:
(Dibaca sebelum tidur setiap hari sehingga keputusan peperiksaan
diumumkan)

(Allahumma inni as-alukal fauza ‘indal qadha wa manaazilasy syuhada
wa ‘ai syas su ‘a da’ wan nasra alaal a’daa’)
Maksudnya: “Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,
tempat para syuhada’ dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi
musuh”
Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda. Selepas solat berdoa kepada
Allah SWT semoga mendapat kejayaan dariNya.
PERSEDIAAN
MENTAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Malam Peperiksaan
1. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada
esoknya.
2. Kumpulkan keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen,
pensel, pemadam, pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang
senang diambil dan mudah diingati.
3. Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.
Pagi Sebelum Peperiksaan
1. Jangan lupa ambil sarapan pagi.
2. Jangan lupa bawa kad pengenalan, slip peperiksaan anda.
3. Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15
minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
4. Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan
rakan-rakan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh
merungsingkan fikiran anda.
5. Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat
kejayaan yang cemerlang.
6. Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
7. Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran
anda.
Memulakan Peperiksaan
1. Dengar arahan pengawas peperiksaan.
2. Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
3. Lihat semua soalan.
4. Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
5. Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
6. Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih
dahulu.
Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam
menghadapi peperiksaan. Jadikanlah peperiksaan sebagai kayu ukur di atas
persediaan yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan
membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, InsyaAllah anda pasti berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan